Wednesday, 7 September 2016

cerpen

I take Elvroseth cerpen . macam sambungan dia but this is my version untuk sambungan Luq dan ana. I’m sorry kalau cara penulisan tak sama dengan dia.
Enjoy !
--
Aku tarik Jaja menjauh dari dia. “So, it’s all about harta?” aku pandang dia tajam. “You want her.. you want her as your daughter because of harta, that’s what you mean ?” aku gelak sinis. “Not because of love?”


Dia senyum sinis. “Love?” wajah aku dipandang dengan pandangan kosong dan beku. “There’s no such thing”


Dan ketika itu, aku tersedar, dia bukan dia. Dia bukan Luq. Mata dia penuh dengan kegelapan dan kosong.

Kosong.

--

Aku duduk kepenatan selepas siap sahaja kerja – kerja rumah. Hari minggu. Tak ada kerja cari kerja iaitu bersihkan rumah. Hujung minggu macam ni, awal – awal lagi aku akan pastikan rumah aku bersih berseri. Kerja – kerja dahulu membuatkan aku sudah terbiasa sampaikan sekarang. Pagi – pagi macam ni , aku biarkan Jaja tidur dulu sebab senang aku buat kerja rumah yang tergendala.


Aku berdiri lalu berjalan ke arah dapur. Nak siapkan sarapan buat aku dan Jaja. Sedang aku melangkah, loceng rumah berbunyi dan aku terus pergi ke pintu tanpa segan silu tengok siapa yang datang dan…

“Assalamualaikum…” shah datang bersama senyuman dan aku tergamam.

“awak nak apa datang rumah saya ?” soal aku dengan pelik.
Shah senyum nakal.

Ek eh pak cik ni ! nak je kena tibai dengan aku.

“saya nak tengok Jaja lah. Lagipun saya rindu dia” ujar Shah.

“Jaja tidur lagi lah. Petang boleh tak ? saya ingatkan baru nak spend time dengan dia. Shah, carilah bini sana pastu suruh dia beranak cepat-cepat. Kesian dekat saya tau tak dapat spend time dengan anak sendiri weekend macam ni”  aku membebel sambil memeluk diri.

“saya dah dapat calon tapi dia tolak saya” suara Shah.

Aku pandang matanya itu.

Dalam banyak – banyak orang lelaki, hanya dua orang je yang aku berani. Shah dan ‘dia’. Aku boleh tentang mata dengan shah sebab bagi aku dia macam abang yang sentiasa ada untuk si adik.

“then , you should work hard to get her. Harap je doctor tapi skill mengurat zero betul lah awak ni Shah” aku keluarkan hujah aku.

“okay lah saya datang balik la nanti” Shah mengalah.

Aku sengih.

Sebelum shah melangkah pergi, dia pandang aku.

“Fella..” ujarnya.

“what ?” dan aku masih memerhatikan dia.

“He’s back” dan hati beku aku membiarkannya. Muka aku terus berubah.

“If he meant, he will regret whatever he do.” Ujar aku sebaris dan shah meninggalkan aku.

Aku tutup pintu dan mengeluh.

--

Aku melangkah masuk ke firma guaman itu. Lepas dihalau, aku try untuk bangkit walaupun payah. Aku ada sijil SPM tapi masa tu Papa suruh rahsiakan sebab aku calon persendirian tanpa pengetahuan Mama sekalipun. Papa tahu yang Mama akan bolot semua harta yang kami ada termasuk rumah. Jadi , dia buat satu akaun simpanan rahsia untuk aku lalu dia berikan amanah itu kepada Pak Samad.

Aku masih ingat lagi bila esoknya aku keluar dari rumah, Pak Samad cari aku dan beri aku kad bank serta buku bank. Sejumlah yang besar untuk aku tanggung hidup sendiri. Terima kasih Papa.

“Cik Fella , you got an appointment with FL Corporation today” Anis mengingatkan aku.

“about what ya anis ?”

“Oh , pasal pembahagian harta. The Ceo need an advice from you” aku mengangguk.

“so , he’s coming here ?” soal aku.

“he’s arrived. Ada kat bilik Cik” ujar Anis lalu aku terus buka pintu dan…

Dia yang sedang tersenyum sinis sambil memandang aku.

“hello again Ascenputtel”

--
 “so how’s meeting ?”

Dia senyum. Nakal.

“Changed a lot but make my day better” ujarnya senafas.

Panggilan dimatikan dan dia keluarkan sekeping gambar lama. Dia yang sedang tersenyum sebelum mereka bergaduh besar dan sebab Dia penyebab hatinya MATI. Dan cinta baginya selepas itu tidak pernah wujud.

“Aku kan dah janji dengan kau yang aku akan buat kau keluar dari rumah ni but not this time , sweety”

--

Aku berdiri tegak di hadapan rumah itu agak lama. Aku tak bawak Jaja , aku tinggalkan dia dekat pengasuh. Untuk hari ini sahaja aku terpaksa datang dimana tempat yang aku rasa berat nak datang. Dah lama aku tinggalkan dan sejak daripada kejadian tu, aku tak pernah datang Cameron pun walaupun Shah dah berbuih ajak aku balik. Tapi aku tetap berkeras. Tak nak.


“Luq ?” aku terpinga. Aku merenung mata hitamnya. Tetap sama macam mana kami jumpa di The Curve dan di situ dia jumpa Jaja.

Hidupnya kosong tanpa rasa sayang.

Dia berdiri dan senyum ke arah aku. Dia nampak santai dengan T-shirt berjalur dan seluar khakis.

          “I’m sorry Mr Luq for the first call. Saya tersilap orang” aku cepat-cepat membetulkan keadaan. Dalam kerja aku perlu profesional dan tak terbawa- terbawa hal peribadi.

          “you are not wrong, Fella” jawabnya dan dia tetap merenung aku.

          “jom masuk” arahnya dan aku hanya mengikuti.

          Dan apabila aku masuk, aku rasa macam dunia berhenti dan kaki aku tak mampu melangkah.

            “KELUAR!!” aku ditengking. “KELUAR DARIPADA RUMAH INI DAN JANGAN BAGI AKU PANDANG MUKA KAU LAGI!!” tubuh aku ditolak kasar.  Aku lihat lelaki tadi- lelaki upahan tadi dah keluar dari rumah. Seperti tak sanggup meliat apa yang bakal berlaku.

“Tapi..” aku pandang Luq, “Abang.. saya menga..”

“KELUAR!!!”

Tangan aku menggeletar. “Abang.. saya..” aku kertap bibir. “Saya mengandung”

Luq panndang aku tajam.

Mama dan Sara tergamam.

“Ttipu..” suara mama bergetar. “Tttipu..”

Aku menunduk. “Dah dua minggu” suara aku seperti tak kedengaran. “Saya.. saya tak tipu. Sumpah demi Allah” aku pandang Luq. “Tttolonglah..” aku mengesot ke arah dia. Kaki dia aku peluk. “Kkkalau saya pergi dari rumah ni.. saya nak duduk mana?” esakan kecil aku bergema. “Tttolonng jangan halau saya..”

Luq masih diam.

“DIA TIPU!” mama tarik rambut aku. “Penipu!”

“Ma..” Sara tarik mama dia. Menjauh. Dia hanya diam.

Luq sepi.

“Abang Luq..” aku gapai tangan dia. “Tolongla..” suara aku lemah. “Tolonglah saya..” air mata aku jatuh.


“Gugur”

Jantung aku bagai direntap. Aku pandang dia. Dia senyum tajam.

“Gugur” dia tarik tangan dia dari genggaman aku. “Aku tak pernah sentuh pelacur macam kau” mata dia tak pandang aku. “Itu bukan  anak aku”

Dia berundur dan menajuhi aku dengan pandangan jijik sebelum berlalu pergi tanpa berpaling lagi

          “Mr. Luq boleh tak kita berbual dekat luar ? Kita berdua je dekat sini. Tak elok dipandang” ujar aku terus. Badan aku terus kebelakang. Rasa macam nak pengsan.
          
            Luq pandang aku.
     
     “Don’t worry my maid in here.” Ujarnya.

          Hati aku tak sedap. Aku takut. Aku pegang dada aku. Rasa macam sakit. Pedih.

          “Why Fella ?” soalnya sambil angkat kening.

          Aku kuatkan hati untuk bertentang mata dengan dia.

          “I will discuss with you if we have some tea. Saya rasa nak makan strawberi cecah dengan coklat and having some tea while we have discussion depan kebun teh.” Aku menarik senyuman seikhlasnya. Tangan aku sejuk.

          “okay lah macam tu. pergi dengan saya” ujarnya lembut.

          “ehh its okay lah Mr Luq. Lagipun lepas ni I kena rushing balik office balik, sebab esok I ada meeting” Aku bagi alasan.
         
Aku sanggup naik kereta Myvi aku daripada naik kereta dia okay !
         
Dia mengangguk.
         
Aku melepaskan keluhan.

--
          Kami berbual macam biasa. Macam tak pernah kenal dan tak pernah berjumpa. Kalau Luq dah start cakap pasal Jaja cepat – cepat aku alih topic. Aku dah penat nak fikir walaupun pada hakikatnya dia terlebih berhak untuk jaga Jaja. Harta yang dia ada sekarang pun aku dah tak pandang walaupun harta itu milik aku sebab harta yang paling berharga aku ada adalah dia, Jaja.

          “Mr Luq , I should go. Thank you a lot for your cooperation..” Aku pandang dia. 

“oh.. and about urusan pembahagian harta , I will give my job too Encik Sam” sambung aku.


          “why ?” soalnya pelik.


          “I’m sorry Mr Luq because its privacy and my problems” ujar aku dengan cubaan berani mati.

          Aku cepat beredar dan berdiri lalu meninggalkan dia.


          Dia senyum nakal.

          “kenapa kau tak sanggup ambil risiko ? Kau takut nak serahkan Jaja dekat aku ? macam tu ? kenapa kau takut aku buat Jaja macam kau dulu sebelum aku halau kau ?” ujarnya sinis.


          Langkah aku terhenti dan aku pandang dia balik.

          Orang tak ada. Lengang. Lagipun aku pilih tempat yang aman sikit.

          “Harta never bring any precious moment, Luq. Tahu tak kenapa saya masih kuat nak jumpa awak, talk like a stranger to you ?” aku balas balik.

          Dia diam dan masih memerhatikan aku.

          “Because I still remember every single moment we had until the worst. I try to be professional but then I realized , saya tak boleh. Saya tak kuat. Cukuplah untuk pertemuan tiga kali ni sebab saya rasa sangat sakit bila saya pandang orang yang anggap saya pelacur.” Ujar aku senafas.

          Dia senyum sinis.

          “aku nak Jaja duduk dengan aku”


aku terasa bagaikan tak bernafas dan pappp …

--
          “dia tak cukup rehat je. Nothing to worry la” dia masih tenang berujar begitu.

          “kau sure ? aku selalu nampak dia pengsan lately ni”

          “dia cuma penat je. Trust me”

          Aku terbangun dan aku lihat sekeliling. Tempat yang aku tak pernah jejak seingat aku. Aku lihat jam di tangan menunjukkan pukul lima pagi. Ya allah aku pengsan satu hari ke ?!

          Bila aku cuba buka pintu tak boleh …

          “Tolong buka pintu ni !” Aku ketuk pintu kuat sambil menjerit. Aku risau Jaja.

          Aku cuba berkali-kali dan aku terduduk sambil menangis.

          “tolonglah keluarkan aku !! Kau nak apa hah ?!!” aku menjerit sambil air mata keluar.


--

          “Tuan, dia enggak mau makan” Dia mengeluh dan lihat rakaman cctv.

          “Awak letak je makanan tu” Dia memberi arahan.

          iPhone berbunyi dan dia mengangkat.

          “Bawak Jaja ke sini. Aku nak selesaikan semuanya” dan dia terus mematikan panggilan itu.

--



          Dah tiga hari aku kena kurung. Aku tak tahu kenapa aku kena kurung. Apa salah aku ? Apa yang aku buat sampai aku kena kurung. Sedang aku termenung , pintu terbuka dan…

          Zappppp !

          Ddddiii…aa?

          Ddiaa?

          L..Luq ?

          “kau nak apa lagi dari aku ?!!” aku bangun lalu aku pukul dada dia kuat.

          “tolonglah Luq ..” aku pukul dada dia lagi. “aku dah penat…” lagi kuat. “aku penat Luq …” pukulan aku ke dadanya makin lemah.

          Aku menangis sambil terduduk.

          “Aku takkan bagi kau keluar daripada rumah ni. Not this time. Kau kena terima apa yang aku rasa” ujarnya riak.

          Aku senyum sinis dan aku cuba kuat untuk berdiri.


          “kau buat lah Luq apa yang kau nak ! Aku kan pelacur dan sangatttttttt… sampah bagi kau” ujar aku sinis.

          “Ada satu syarat kalau kau nak keluar dari bilik ni”

          Aku menentang matanya tajam.

          “marry me”

          Aku rasa lutut aku gigil. Macam dunia tengah terbalik.

          “NO” cepat je aku menjawab.

          “NEVER EVER !!!” aku menjerit kepadanya. Air mata mengalir laju.

           “and you will never see Jaja anymore” aku terdiam. “take it or leave it” dia menyambung. Mukanya tetap sama. Dingin. Tak terkesan langsung.



--
         

          “so , apa jawapan dia ?”

          Dia diam. Tak menjawab tapi muka tetap dingin.


          “I guess I know the answer”









          “Bibik , bagi saya pen dan kertas” arah aku sebelum aku meninggalkan rumah ini.

          Bibik mengangguk lalu beredar. Selepas beberapa minit, dia datang kepada aku bersama Pen dan beberapa helai kertas.



--


          “kau sure dengan keputusan kau ?”

          Aku mengangguk

          “There’s nothing left. Satu hari Jaja akan faham kenapa aku tinggalkan dia dekat kau even though she will hate me very much” ujar aku.

          Aku senyum.  

          “semoga kau jadi the best daddy untuk Jaja, Luq…” suara aku lain. “bila kau kahwin baru nanti, cari the best mummy untuk dia. Jangan jadi macam aku, kahwin muda and at the end I know it. Deeply hurt” ujar aku sinis.

          Baru aku melangkah keluar , tubuh aku dipeluk.

          “Luq , I am not your wife anymore. So, please let me go” aku kuatkan diri untuk dia melepaskan pelukan itu.

          Dan aku berjaya lepaskan diri dari pelukan dia.

          “Oh ya , please take care of her for the last warning"

          Dan aku meninggalkan dia lalu air mata aku mengalir laju dan aku memandu.


--


          “Dia what ?”

          “Dia berhenti and right now aku pun tak tahu dia dekat mana” Dia menggeleng.

          “rumah ?”

          “dia dah jual rumah tu”

          “looks like dia dah plan semua ni” sambungnya


          “damn it !” dan semua barang di situ dia hancurkan.



--


          Luq membuka pintu bilik Jaja dan dia pergi ke arah Jaja yang sedang termenung itu.

          “What are you thinking princess” Luq mencium dahi Jaja.

          Jaja senyum.

          “Daddy, I mish mummy cho much” ujarnya pelat. Jaja peluk Luq kuat.

          Luq usap kepala anaknya itu.

          “Daddy, tolong Jaja bacakan surat mummy”

          Mata Luq membulat.

          “Mummy left you surat ?” soal Luq.

          Jaja mengangguk.

          “Bibik gave me yesterday and Bibik said I have to read one surat one day only” 
jujur Jaja bercerita kepada Luq.

          Luq terus mencapai satu surat yang terdapat di tepi birai katil.


Dear Jaja,
Mummy miss you so much till my last breath. I’m sorry for leaving you but this is the best for you , sweety. Mummy harap Jaja kuat. After this week, I always be by your side no matter what.


          Luq pelik dengan ayat terakhir yang Fella tulis.


          After this week, I always be by your side no matter what


          “whats that mean ?”


--


          “Mark, please never told anyone about this” ujar aku.

          “how about your life and where Jaja ?” Mark risau.

          Aku mengeluh.

          Mark. Kawan aku merangkap Doktor Neurosurgeon.

          “I…” aku tak mampu teruskan.

          “I left her with my ex husband” ujar aku.

          Mark mengeluh.

          “I just anxious that something happen to me if I with Jaja. So this is the best , 
Mark” aku beri alasan.

          Mark pandang aku terus.

          “your … your memories start fading ?” Mark bertanya kepada aku.


          Aku mengangguk sambil tersenyum. Air mata mengalir laju.  

          “Just let me enjoy my last time of my life and I don’t want any people find me” ujar aku dan bingkas bangun.

          “where are you going Fella ?” Mark tanya aku.

          Aku senyum.

          “new places for a senile’s people wannabe like me”


--


          “Kau jumpa apa – apa ?” Luq bertanya kepada Shah.

          Shah yang sedang bermain dengan Jaja memandang Luq.

          “I’m not sure enough tapi symptom yang dia selalu pengsan tu buat aku curiga dan ada satu masa tu dia pernah call aku yang dia lupa jalan balik office…” Luq dah pandang Shah lain macam.

          “pelik…” Luq usap dagu lalu memerhatikan Jaja yang sedang bermain.

         "ohh and last week ! bila aku datang rumah dia sebab nak main dengan Jaja, dia tanya aku siapa" Shah bercerita

          “wait…” ujar Shah yang mendapat idea.

          “what ?”

          “she always told me yang bila dia sakit , she will call someone…” percakapan 
Shah terhenti di situ.

          Luq dan Shah pandang Jaja serentak.

          “Jaja…” Luq sapa lembut. Jaja pandang Luq.

          “Did mummy have another friend selain uncle Shah?” soal Luq dengan lembut.

          “ohh its Dr Mark daddy !” ujar Jaja gembira dengan pelat dan bijak.

          Dr Mark ?

          Iphone Luq berbunyi dan dia hanya mengangkat tanpa periksa siapa yang menelefonnya.

          “Hello.. Luq speaking”

          “Hey.. Its me, Dr Mark” dan Luq tergamam.

          “meet me at Gleanegles”



--

          “kenapa tak tunggu I ?” aku pandang dia.

          Dia yang sedang tersenyum sambil memandang aku dan berjalan ke arah aku.

          Aku pandang dia pelik. Did he know me ?

          Aku buat tak layan.

          “Fella” dia panggil.

          Aku pandang dia.

          “awa.. awak tahu nama saya ?” soal aku pelik.


             Dan lama kelamaan baru aku sedar dia datang...

--


          “She need a support that she still can live”

          “why you feel so confident?” soal Luq sambil senyum sinis.

          Mark pandang Luq tajam.

          “maybe dia tak akan ingat saya dan anak awak but fact said when they become 
senile, they will remember someone that made felt hurt enough but they love that 
person so much”

          Luq rasa macam kena dekat batang hidung sendiri.

          “how she get this ?”

          Mark mengeluarkan sampul surat dari gerobok dan dia tunjukkan CT scan Fella.

          “bila kepala dia sering kena hentakan , day by day dia akan jadi macam sedikit pelupa and plus she is too depress with her life.”  Dia menunjukkan kepada Luq bahagian itu.

          Luq diam. Dia tahu sebab apa yang punca Fella kena semua berlaku di hadapan matanya. 

          “operation ?” soal Luq.

          Mark menggeleng.

          “low rate successful”

          Luq mengeluh.

          “the best way ?”

          Mark senyum.

          “Love”



--


          “eh abang Luq !” aku peluk dia erat bila otak aku dah habis fikir.

          Dia terkesima sambil memandang aku.

          “mama tak marah abang Luq ke tengok Fella ?” soal aku.

          Luq melepaskan peluk aku dan dia pandang mata aku. Rasa pandangan yang bercampur baur.

          “lets married and just forget everything. Just you and me in this life” ujarnya.

          Aku ketawa.

          “mama ?” soal aku.

          “Just you and me.” Dia ulang lagi.

          Aku mengangguk sambil tersenyum.


--


          “finally you’re mine sayang” dia peluk aku dari belakang.

          Aku kegelian.

          “kenapa sayang jauh sangat pergi sampai ke Swiss ?”

          Aku senyum sambil memandang pemandangan di hadapan mata.

          “saya tak nak balik Malaysia lagi Luq. Sa… saya nak hidup aman” aku pandang dia.

          “lepas saya habis belajar saya memang duduk sini dan bekerja dekat sini” aku bercerita kepada dia.

          Dan dia terus peluk aku erat. Menangis.

          Aku terdiam seribu bahasa.


--

          Hari – hariku macam biasa. Jadi suri rumah sepenuh masa. Luq tak benarkan aku kerja, dia cakap aku patut duduk rumah. Kadang – kadang dia balik Malaysia dan bila dia tiada tu , aku overcome aku punya bosan dengan bercucuk tanam belakang rumah. Ada lah sikit space so bolehlah bercucuk tanam.


          Aku rasa hari ni lain macam. Kepala aku sakit sangat tapi aku nak sangat ajak Luq keluar.

          “Luq..” aku panggil nama dia dan pandang aku.

          “why sayang ?” soalnya.

          “saya terasa nak keluar tapi saya nak awak dukung saya”

          Dia mengangguk dan aku bersiap-siap.



--

          “sayang cuaca  macam ni you nak jalan jugak ke ?” soalnya sambil tengok langit.

          Si kesayangan dia mengangguk.

          “sayaa suka sejuk” ujarnya kegembiraan.

          Dan si suami turuti arahan si isteri.

          Si suami berjalan sambil mendukung si isteri yang di belakang.

          “Luq …. I don’t know why I felt different today tapi satu soalan yang saya minta kepada awak…” nafasnya berat.

          Luq masih berjalan padahal hatinya rasa tak enak.

          “Janji dengan saya yang awak akan bahagia walaupun saya tak dapat bagi zuriat dekat awak…” suaranya rasa menjadi lemah.

          Luq berhenti jalan.

          “what are you talking about , sayang ?” suara Luq terus berubah.

          “Saya mungkin takkan hidup lama dengan awak.. tapi.. tapi.. saya akan sentiasa berada di sisi a… a… aw… awa.. awak” Kepalanya yang berdenyut itu rasa terhenti dan ...


          Dia menghembuskan nafas terakhirnya dalam dukungan si suami yang sedang berdiri kaku. Pasrah dan terima dengan kehendak-Nya.